Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

"Undilah": Klip video yang tidak dibenarkan untuk ditayangkan - (Terbaik)

Entri aku kali ni mungkin kurang disenangi anda sekiranya anda mempunyai sentimen yang sangat kuat menyokong kerajaan. Mintak maaf. Apa yang aku nak sampaikan ialah kelainan dan gaya persembahan video ini yang sebenarnya menarik dan sangat bermanfaat sekiranya kerajaan menghasilkannya sendiri untuk menarik perhatian golongan muda supaya daftar mengundi. Sila buka minda. 

Ini merupakan PSA projek daripada Pete Teo dan pengarahnya ialah Benji Lim. Aku tak kenal dua individu ni tapi aku pernah dengar namanya. Kalau anda seorang yang berjiwa muda dan mengambil tahu perkembangan semasa negara ini, aku yakin anda akan tertarik dengan konsep klip video ni. Mengapa?
.
Pertamanya aku melihat siapakah aktor yang terdapat dalam klip video ni. Aku namakan beberapa individu yang anda juga sepatutnya kenal:

1. Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang/UMNO)
2. Wee Ka Siong (Timb. Menteri Pelajaran/Ahli Parlimen Air Hitam/MCA)
3. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam/PAS)
4. Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai/PKR) 
5. Rosnah Rashid Shirlin (Timb. Menteri Kesihatan/UMNO) 
6. Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya/DAP)

Mereka semua merupakan ahli politik yang berlainan latar belakang parti. Kita dapat lihat walaupun mereka berbeza ideologi kepartian tapi mereka dikumpulkan dalam satu projek klip video untuk menarik golongan muda supaya mendaftar mengundi. Mereka tida masalah untuk menjayakan projek ini, tapi malangnya klip ini tidak diluluskan untuk penayangan. 

Turut kelihatan ialah artis-artis- penyanyi, pelakon dan pengacara selain Afdlin Shauki dan Namewee yang bertindak selaku penyanyi utama. 
1. Bront Palare
2. Sharifah Amani
3. Wardina (TV3)
4. Reshmonu 
5. Aizat
6. Baki Zainal (8TV)
7. Jehan Miskin
8. Dahpne Iking

Tidak ketinggalan penampilan jaguh sukan badminton, Lee Chong Wei dan boss besar Air Asia, Tony Fernandes. Cuba tengok balik apa peranan Tony Fernandes dalam klip ini, dalam klip ni wajahnya hanya muncul beberapa saat sahaja sedang mengangkat kadbod yang tertulis "Undilah". Dia seorang ahli korporat, jutawan syarikat penerbangan dan pemilik kelab bola sepak EPL tapi gaya dan watak yang diberikan sangat santai dan humble

Aku berpendapat dengan menampilkan kesemua tokoh-tokoh di atas, ia merupakan satu kelainan berbanding iklan-iklan yang diterbitkan kerajaan yang ada di tv sekarang. Idea yang segar dan selari dengan kehendak golongan muda dari segi pengaruh watak-watak tersebut, susunan dan genre muzik serta latar belakang yang ditonjolkan berwajah Malaysia. 

Apa maksudnya 'berwajah Malaysia'? 

Klip video ni memaparkan pelbagai aktor daripada golongan ahli politik, artis hinggalah kepada golongan peniaga dan makcik yang sedang membeli barang di pasaraya. Latar belakang klip ni juga memaparkan keadaan, suasana bandar Kuala Lumpur serta kegiatan harian masyarakatnya. Pemandu teksi, peniaga, tukang gunting rambut, orang sedang lepak di kedai makan, orang sedang sembahyang mengikut agama masing-masing, suasana dalam gereja, tokong, suasana dalam LRT dan sebagainya. Ini semua kegiatan harian masyarakat kita dan apabila ia ditampilkan dalam klip ni, aku rasa seperti ia sangat dekat di hati masyarakat yang hari-hari melalui aktitivi seperti dalam klip ini. Betul tak? 

Bahasa yang digunakan dalam nyanyian lagu "Undilah" juga terdiri daripada tiga bahasa kaum utama di Malaysia, bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil beserta sari kata iaitu sebagai terjemahan. Ini sudah cukup menggambarkan bahawa klip ini lengkap dan sesuai untuk tatapan semua kaum. Memandangkan aktor yang menari dan berlakon dalam klip ini juga terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India dan majoriti daripadanya ialah selebriti yang kita kenal, memang sewajarnya klip ini mendapat perhatian semua golongan. Inilah yang aku maksudkan berwajah Malaysia. 

Pertama kali aku tengok klip ni, memang tertarik sebab ia sangat-sangat berbeza dengan iklan-iklan di tv dari segi visual dan konsepnya. Tujuannya sama untuk memupuk kesedaran supaya mengundi. Cuba kita bandingkan klip ni dengan iklan terbitan kerajaan di tv, sejujurnya aku katakan klip ni jauh lebih menarik berbanding iklan di tv yang sangat membosankan. Kita boleh nilaikannya dan kita berhak untuk beri pendapat. 

Cuma, masalah 'politik dalaman' menyebabkan klip video ni tak dibenarkan untuk ditayangkan kerana dikatakan terdapat unsur-unsur menentang kerajaan. Karya ni sangat baik dan kenapa kita menyempitkan pemikiran. Ada blog yang mengatakan kerajaan takut terhadap klip ni sebab ia mempunyai pengaruh untuk mengajak golongan muda menentang kerajaan sekarang. Aku agak setuju dengan kenyataan tu. Sekali lagi aku nyatakan, bukalah minda. Lihatlah pada kebaikan yang terpampang depan mata, bukannya mencari keburukan yang terselit dan sangat kecil impaknya. Fokus utama klip ini mengajak masyarakat yang belum mendaftar supaya pergi mendaftar dan mengundi memandangkan rakyat mempunyai hak untuk berbuat demikian.      

Sekarang aku nak persoalkan sejauh mana kesungguhan kerajaan dan organisasi terlibat seperti SPR  melalui media massa untuk menarik golongan muda supaya mendaftar sebagai pengundi? Usaha itu ada, tapi cubalah lihat pada kesannya. Adakah iklan yang diterbitkan itu berkesan terhadap audiens atau audien pandang sebelah mata je? Aku cadangkan supaya kerajaan mencuba jalan alternatif mendekati golongan muda dengan menghasilkan klip seperti ini. Lihat sendiri klip "Undilah", kerajaan sepatutnya sudah lama menghasilkan iklan seperti ini yang dekat di hati dan mampu menarik perhatian audiens. Barulah angka berjuta-juta yang dikatakan masih belum mendaftar sebagai pengundi dapat diturunkan.  Mengapa tidak diwujudkan kerjasama dengan individu-individu yang kreatif dan bergiat dalam industri ini. Aku yakin mereka akan beri kerjasama dan mereka bukanlah golongan yang fanatik kepada sesebuah parti politik. Mereka adalah golongan muda yang berkarya dan mampu menghasilkan sesuatu yang berguna kepada masyarakat jika golongan ini diberi peluang dan dimanfaatkan.

Memandangkan klip ni tak diluluskan untuk ditayangkan, adakah bermakna orang tak dapat nk tengok klip ni? Silap tu, orang zaman sekarang hari-hari layari internet. Klip ni masih tetap boleh ditonton oleh masyarakat dan keputusan untuk sekat klip ni daripada ditayangkan hanya akan membenarkan tanggapan negatif yang dilemparkan kepada kerajaan. Jadi mengapa perlu dihalang penyiarannya di media massa perdana? Selagi ia membawa mesej yang baik, sebarkanlah.

Untuk memberi kesedaran kepada mentaliti rakyat memang sukar, tapi pasti ada jalannya. Kalau anda belum tengok klip ni, saksikan dan berilah penilaian sendiri. 



Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!