Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Sukan Sea: Sikap Cerminan Ketamadunan Bangsa

Dengan kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea, aku merasakan puas. Puas sepuas puasnya melihat pasukan Indonesia dikalahkan di hadapan puluhan ribu peminat dan penyokong fanatik mereka. Walaupun kita tidak menjuarai keseluruhan Sukan Sea ke 26, tetapi kemenangan pingat emas dalam acara bola sepak dirasakan seolah-olah kitalah juara keseluruhannya. 

Rakyat Malaysia yang sekian lama berasa terhina dan bersabar dengan tindakan kotor dan provokasi melampau rakyat Indonesia terhadap kontinjen Malaysia akhirnya melihat sendiri wajah-wajah mereka yang sedih, muram, kecewa dengan kekalahan Timnas Indonesia. Bukan skuad bola sepak Malaysia sahaja yang dicaci, dihina, malah boleh dikatakan kesemua atlet Malaysia dalam pelbagai acara merasai tindakan tidak beradab mereka. Secara keseluruhan, rakyat Malaysia juga terasa dengan kelakuan mereka yang tidak pernah mahu menghormati kita.


Banyak insiden memalukan berlaku. Bukan kita yang dimalukan, tetapi kelakuan mereka adalah memalukan rakyat dan negara mereka sendiri. 

Setiap kali pasukan negara mengambil tempat di venue, penyokong Indonesia terjerit-jerit gmenggelar kita  sebagai "maling", kita di'boo', dimaki hamun dengan penuh rasa benci para penyokong Indonesia.
Ketika lagu Negaraku dimainkan, mereka tidak langsung menunjukkan rasa hormat. Berdiri pun tak mahu. Lihat saja apa yang berlaku ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Malaysia vs Indonesia, ketika Negaraku dinyanyikan, keseluruhan isi Stadium Gelora Bung Karno gegak gempita dengan sorakan penyokong mereka yang sengaja membuat bising, mengejek dan mempersendakan lagu negara kita. Tindakan yang biadab ini seolah-olah menunjukkan mereka tidak mempunyai ketamadunan walaupun dunia sudah lama berkembang.

Mereka mengatakan lagu Negaraku diciplak dari lagu Terang Bulan yang merupakan lagu cinta di negara mereka. Jadi masakan mereka mahu menghormati sebuah lagu suka ria di Indonesia. Isu penciplakan  melodi lagu ini belum dapat dipastikan kesahihanya. Apa yang aku tahu Negaraku diilhamkan daripada lagu negeri Perak yang dikatakan telah wujud sejak 1888 (benar atau tidak, wallahu'alam). Penciplakan bukan persoalannya, ia tidak patut timbul. Soalnya, di manakah adab susila dan sikap hormat? 

Dalam satu insiden di venue akuatik, Malaysia telah memenangi pingat emas dan ketika Negaraku dimainkan, bendera Jalur Gemilang yang dinaikkan tidak mengikut spesifikasi atau standard sebenar. Penganjur tidak sensitif atau sengaja melakukannya? Jalur Gemilang dikatakan tidak cukup jalurnya. Mungkin remeh bunyinya. Tetapi apabila ia disedari media dan dipertikaikan, bukankah ia memberi malu kepada pihak penganjur?

Melihat sikap dan tingkah laku kebanyakan penyokong Indonesia, aku melihat mereka terlalu angkuh, merasakan merekalah yang hebat, tidak beradab, kasar dan tidak menghormati pasukan lawan terutamanya negara kita. Tambahan pula, mereka adalah tuan rumah, paras keghairahan dan 'watak hebat' mereka tidak dapat dibendung lagi. Bukan aku je yang berpendapat begini, lihat sahaja komen-komen di youtube yang menayangkan aksi perlawanan Sukan Sea. Pendapat yang sama juga disuarakan oleh rakyat dari negara-negara lain. 

Aku juga mempunyai rakan dan pensyarah yang berasal dari Indonesia. Mereka sendiri mengakui bahawa sikap kebanyakan rakyat Indonesia sememangnya anti terhadap Malaysia dalam pelbagai hal, apatah lagi apabila melibatkan pertembungan dalam acara sukan. Warga Indonesia yang belajar dan bekerja di Malaysia tidak bersikap sedemikian. Aku lihat dan aku ketahui. Mereka lebih toleran dan menghargai kehidupan di Malaysia. Dalam satu perbualan, pensyarah aku juga mengakui bahawa dia sendiri dikecam oleh rakan-rakan senegaranya di sana hanya kerana bersikap toleran dan membela Malaysia. Dengan demikian, dia mengatakan bahawa tahap pemikiran atau mentaliti mereka belum berkembang, latar pendidikan yang rendah dan tidak mahu menerima kelebihan yang dimiliki negara Malaysia. 
 
Benar bukan? Buktinya, kita lihat sendiri di Sukan Sea 2011. 
 
Aku tidak bersikap anti terhadap mereka. Golongan yang terpelajar, mempunyai pendidikan tinggi dan terbuka mindanya tidak akan bersikap biadab terhadap rakyat dan negara lain. Itu hakikat. Itu yang membezakan antara kita dan mereka. Andaikata mereka berlaku baik terhadap kita, kita juga akan menghormati mereka. Akan tetapi, melihatkan sikap mereka yang terlalu agresif terhadap Malaysia, kebanyakan antara kita menjadi benci terhadap entiti Indonesia. Lihat saja perbalahan di Facebook antara penyokong Malaysia dan Indonesia. Tiada kesudahan. Walaubagaimanapun, terima kasih pada segelintir individu yang rasional dan sopan dalam memberi komen-komen di ruangan sosial itu.  

Adakah aku terlalu menhentam Indonesia? Tidak. Kerana penyokong kita juga sesetengahnya juga bersikap sama seperti mereka. Bezanya, apa yang aku boleh katakan, sikap buruk ini dimiliki oleh KEBANYAKAN penyokong Indonesia dan SEGELINTIR penyokong Malaysia. Aku juga senang melihat cara dan sikap pemain bola sepak Indonesia, mereka bersikap profesional di atas padang dan benar-benar menjadi pencabar hebat pasukan kita. Ini sepatutnya dijadikan panduan kepada para penyokong fanatik mereka. Semangat kesukanan itu tidak harus ditenggelamkan oleh perasaan hasad dengki dan iri hati.

Ini belum lagi mengambil kira kelancaran dan kualiti penganjuran di Indonesia. Banyak perkara boleh dibincangkan untuk diambil perhatian dan pengajaran. Aku cadangkan sekiranya ingin tahu mengenai hal-hal tersebut, bacalah blog Mazidul Akmal Sidik. Anda akan lebih faham situasi di sana. 

Ini luahan rasa, berdasarkan pemerhatian dan pembacaan sebelum menaip entri ini. Maaf jika anda tidak setuju dengan entri pendapat aku. Kita juga tidak sempurna dan bukanlah baik sangat. Tetapi sekurang-kurangnya janganlah sama atau lebih teruk daripada apa yang telah berlaku di Suka Sea Indonesia 2011.

Paling utama, aku kagum kata-kata jurulatih bola sepak kita, Ong Kim Swee. Dia benar-benar dah buktikan kata-katanya: "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King, and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about"  

** Takziah kepada keluarga dua orang penyokong Indonesia yang mati akibat dipijak dalam lautan manusia di Stadium GBK selepas tamat perlawanan semalam.

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!