Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Kita Bukan Serumpun. Tidak!!

Rentetan daripada kemenangan skuad bola sepak Malaysia menewaskan Timnas Indonesia, bahang kepanasan hati warga Indonesia masih belum surut. Malahan dendam dan kebencian mereka semakin bertambah apabila terlalu iri hati terhadap kemenangan Malaysia tempoh hari. 

Apa yang aku lihat sendiri di laman sosial khususnya Facebook, beberapa halaman (page) anti Malaysia telah wujud tapi aku tak dapat pastikan sejak bila ia telah diwujudkan. Salah satunya ialah SUPPORTER INDONESIA ANTI MALAYSIA dan SAY NO TO MALAYSIA. Melihat statusnya saja sudah cukup membuatkan kita berang. Mengapa tidak, statusnya mengutuk dan mencaci Malaysia dengan pelbagai gelaran dan kata-kata kesat.

Aku tertarik melihatkan mereka bersungguh-sungguh menimbulkan kebencian terhadap negara kita. Berapi-api semangat dan penghasutannya sambil mendabik dada bahawa merekalah yang terbaik dan hebat. Harus diterima, gaya dan sifat mereka memang begitu, semangat kenegaraannya sangat menebal.  Itu salah satu ciri yang aku hormati namun tidak kena pada tempatnya.

Aku salah seorang yang sebenarnya agak toleran dengan isu-isu sebegini yang melibatkan Indonesia. Selama ini rakyat Malaysia beranggapan bahawa walau apa pun yang terjadi, krisis dan pergeseran antara dua negara ini, kita adalah serumpun. Ada juga yang menganggap dua negara ini umpama adik dan abang kerana begitu banyak ciri dan persamaan dikongsi bersama dan juga kerana sejarahnya. 

Walaubagaimanapun, kehadiran page sebegini yang meracun pemikiran dan menghasut orang ramai supaya membenci Malaysia amat dikesalkan. Sia-sia kita menganggap mereka saudara serumpun tetapi lihatlah kenyataan yang mereka pamerkan di ruangan status page berkenaan.
 

Jelas bukan, mereka (kebanyakannya) tidak suka terhadap kita. Mereka tidak mengaku kita serumpun. Aku  turut mendapati ada page anti Indonesia yang diwujudkan bagi membalas kembali perbuatan mereka di Indonesia. Apapun alasannya aku berpendapat mereka yang buat kerja ni memang membuang masa. Apa dah takda kerja lain ke nak buat? Page seperti ini adalah sampah, hanya mahu mencari populariti. 

Aku percaya golongan yang saling membenci ni, merupakan kumpulan picisan. Ia tidak menggambarkan pendirian sesebuah negara dan rakyatnnya secara keseluruhan. Masih ada warga Indonesia yang rasional dan menghormati kita. Apa yang baik daripada hubungan bilateral Malaysia-Indonesia seeloknya kita hargai dan keburukan itu seharusnya kita cegah dan bukannya dibalas kembali untuk menjadikannya semakin buruk.  
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!