Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

PTPTN dah tak mampu nak membiayai pelajar

Ini kisah PTPTN lagi. Sebagai salah seorang peminjam badan ini, aku memang patut ambil tahu setiap perkembangan semasa yang berkaitan dengan PTPTN. Beberapa hari lepas terdapat desas-desus di media yang mengatakan bahawa PTPTN akan menghentikan pinjaman perbelanjaan kepada para peminjamnya yang merupakan mahasiswa IPTA dan IPTS. Dengan kata lain, PTPTN hanya akan memberikan pinjaman untuk bayaran yuran universiti setiap semester sahaja. 

Perkembangan ini agak serius bunyinya memandangkan cadangan itu diusulkan kerana untuk mengurangkan bebanan kewangan PTPTN. Sebagai organisasi pinjaman kewangan IPT terbesar di negara ini, PTPTN tidak dapat lari dari masalah kekurangan peruntukan kewangan untuk dibekalkan kepada para peminjamnya.

Tapi yang membuatkan aku rasa sangsi ialah, selepas berita ini disiarkan terdapat pula berita susulan yang mengatakan bahawa cadangan memansuhkan pinjaman perbelanjaan PTPTN "belum muktamad" la, "akan dikaji semula" la, "tidak diteruskan sekiranya mendapat bantahan ramai" la...dan bermacam-macam lagi. 

Bagi aku, sudah pasti, aku dengan penuh yakin mengatakan bahawa majoriti peminjam dan ahli keluarganya pasti tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kita tahu bahawa perbelanjaan di IPT setiap semester memakan jumlah ribuan ringgit. Para pelajar sememangnya bergantung kepada wang pinjaman dari PTPTN memandangkan sumber kewangan persendirian dan daripada ibu bapa amat terhad untuk menanggung keseluruhan kos perbelanjaan. 

Berdasarkan pemikiran aku yang suka mencari sesuatu isu yang terselindung, aku beranggapan ini merupakan satu perang psikologi PTPTN untuk menimbulkan kesedaran masyarakat supaya segera membayar kembali wang pinjaman PTPTN setelah menamatkan pengajian. Kita tahu kebelakangan ini PTPTN banyak menyiarkan iklan di media yang menyeru para peminjamnya supaya menjelaskan semula pinjaman. Ini juga satu masalah dan sikap segelintir masyarakat kita, dah pinjam liat pula untuk memulangkan. 

Ketika baru nak jejakkan kaki ke universiti, sanggup bersusah payah mengisi borang, membuat salinan pelbagai dokumen peribadi, mendapatkan tandatangan pengesahan, mencari penjamin dan sebagainya demi mendapatkan pinjaman PTPTN. Selepas tamat pengajian, dah membelanjakan berpuluh-puluh ribu wang PTPTN, malas nak bayar balik pinjaman. Orang kata bagai "kacang lupakan kulit"...
.
Ini semua mungkin polemik yang sengaja dicetuskan supaya masyarakat kita tersedar dari lamunan, sekurang-kurangnya terdetik di hati bahawa kalau masalah tak langsaikan pinjaman terus menular, inilah kemungkinan yang bakal berlaku, kesan yang terpaksa ditanggung oleh generasi penuntut IPT seterusnya. 

Aku yakin cadangan untuk memansuhkan pinjaman perbelanjaan di IPT tidak akan dilaksanakan. Kerana apa? Kerana ini satu keputusan yang akan mendapat bantahan ramai termasuklah NGO-NGO yang mahu mempamerkan perjuangan mereka. Satu keputusan kerajaan yang tidak popular dan mungkin memberi kesan buruk kepada kerajaan sendiri. Mungkin juga boleh menjadi ancaman kepada parti pemerintah apabila parti-parti politik pembangkang pastinya akan mengambil kesempatan daripada isu ini sekiranya ia dilaksanakan.

Suka untuk diingatkan, perkara seperti ini tidak mustahil akan berlaku. Kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar untuk tujuan pinjaman pelajar. Apa yang kita perlu faham ialah, bekalan wang di PTPTN perlu sentiasa ada supaya ia dapat dirolling kepada para pelajar yang akan memerlukannya pada masa depan. Kita sebenarnya memerlukan sikap bertanggungjawab dan gentleman daripada para peminjam terdahulu. Jelaskanlah hutang anda.

Pandai pinjam, pandai la pulangkan semula. 
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!