Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Noramfaizul: Motif tembakan...??

Ingat lagi jurukamera BernamaTV yang terbunuh akibat terkena peluru sesat di Somalia? Kematiannya sangat menggemparkan sehingga menjadi pertikaian banyak pihak. Biasalah, kalau ada ahli politik yang sibuk nak campur tangan, jadi polemik lah ia dek kerana tuduh menuduh. Tapi aku tabik hormat pada keluarga beliau khususnya bapa kepada arwah Noramfaizul, dia sangat tenang dan menerima kejadian tersebut dengan terbuka. Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang atas kematian anaknya kerana menjalankan tugas di kawasan berkonflik, dia menjawab "tidak" dengan alasan itu sudah ketentuan Ilahi. 

Itulah yang sepatutnya kita faham...

Pada aku tak guna la nak menuding jari mencari kesalahan orang lain atas kematian beliau. Itu kan takdir Allah, ajalnya di Somalia, yang kita sibuk-sibuk nak pertikaikan kerja Allah kenapa? Wahai ahli-ahli politik, jangan berlebih-lebihan dalam mengejar agenda politik sampai tak sedar tindakan anda itu seolah-olah mencabar keputusan Tuhan. 

Beliau meninggal dunia ketika menjalankan tugas sebagai petugas media, bukan kerana saja-saja ikut Kelab Putera 1Malaysia ke sana. Kematiannya pula bukanlah akibat kecuaian pihak penganjur rombongan atau mereka pergi berperang di sana. Beliau terkena peluru sesat yang datang entah dari mana, mereka bukan diserang. Kalau diserang takkanlah hanya ditembak dua butir peluru? Salah satunya menyebabkan beliau mati di tempat kejadian. 
Hari ini akhbar dan blog-blog tertentu ada menyiarkan mengenai siapakah pihak yang bertanggungjawab melepaskan tembakan tersebut. Nah, kita dah dapat jawapan siapakah penembak Noramfaizul. Empat tentera pengaman dari Burundi yang bertugas dalam Misi Pengaman Kesatuan Afrika (Amisom) disahkan merupakan individu yang melepaskan tembakan (tapi tak tahu la antara empat orang tu, peluru dari siapa). 

Klik: sumber
 Pelik juga, mereka pasukan pengaman yang menjalankan tugas peacekeeping, jadi kenapa pula mereka melepaskan tembakan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan? Pasukan pengaman takkan sewenang-wenangnya melepaskan tembakan sekiranya tidak berlaku sebarang ancaman atau serangan dari pihak lain. Tugas  mereka mengawal keamanan dan keadaan kawasan yang bergolak daripada berlakunya sebarang pertempuran.    

Aku masih tak berpuas hati dengan berita tersebut sebab tidak dinyatakan apakah motif atau punca mereka melepaskan tembakan tersebut. Mungkin siasatan masih belum selesai sepenuhnya, maka ia tidak dinyatakan di situ. Apapun, pihak terbabit sudah memohon maaf dan individu yang melepaskan tembakan sudah digantung tugas dan dihantar pulang ke negara asal mereka untuk dibicarakan.
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Ku Azhar said...

btl2...knp gatai tgn p tembak! T_T

Elie Lily said...

benda2 macam ni bukannya kita boleh jangka kan? alfatihah untuk arwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!