Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Nasi Lemak 2.0? OK...Pengarah? KO

Satu hari aku menonton tv. Tiba-tiba ada iklan yang menyiarkan sedutan sebuah filem baru yang kelihatan seperti filem cina (sebab ada tulisan cina dan aksi kung fu terbang-terbang) tapi turut dilakonkan oleh pelakon Melayu terkenal, Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Macam menarik cerita ni...bukan apa, menarik sebab pengarahnya Namewee?? 

Lagi satu, menarik sebab filem ni menggunakan pelbagai bahasa, watak yang pelbagai kaum dan kisah yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia - nasi lemak. Suasana dan perspektif filem ni sangat mempamerkan KeMalaysiaan. Itu 'menariknya' filem ini pada pandangan pertama aku. Maaf, aku tak tengok lagi filem ni sebenarnya. Cuma nak komen tentang pengarahnya je...

Semua orang kenal siapa Namewee, kalau orang yang betul-betul marah dan benci pada dia memang hari-hari si Namewee ni kena maki. Dulu dia pernah hasilkan klip video Negarakuku yang isi kandungannya banyak menghina orang Melayu, azan dan Islam. Itu sudah menjadi satu perkara yang mebuatkan hati orang-orang Melayu bengkak dan sakit. Sebenarnya banyak lagi kisah yang tak baik mengenai Namewee, seorang warganegara Malaysia yang asyik merungut sana sini dan mengkritik pelbagai isu sensitif di negara ni.

Dia juga pernah hasilkan klip video, mungkin secara spontan, apabila berlaku black out di kawasan rumahnya. Pada ketika itu juga dia merakam kelakuannya yang tidak sopan - pergi  (boleh juga dianggap menyerang) ke Pejabat Tenaga Nasional Berhad dan memarahi kakitangan di sana, siap mencarut maki hamun ikut sedap mulut dia. Itu juga satu lagi perkara yang membuatkan orang ramai kenal Namewee sebagai seorang yang biadab.

Disebabkan buruknya peribadi dia itu, ramai yang tidak senang dengan 'karya-karya seni 'yang diterbitkan olehnya. Klip-klip video lagunya banyak mempersendakan Malaysia, Melayu dan Islam. Tetapi sekalipun dia tidak pernah memohon maaf, dan tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya walaupun banyak pihak membuat bantahan. Kenapa ye? 

Suatu hari dia muncul di Parlimen dan apa yang menjadi isu ialah penampilannya yang tidak menepati kod etika pakaian di Parlimen. Seperti biasa dia akan memakai snow capnya. Dikatakan tujuannya datang ke Parlimen untuk berjumpa Perdana Menteri secara peribadi. Untuk apa pun aku tak tau. Menariknya permintaannya itu tertunai. Apa istimewa sangat Namewee ni? (soalan orang lain, aku tulis semula).

Tiba-tiba dia muncul dengan filem Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mendapat pembiayaan atau bantuan kewangan daripada kerajaan. Filemnya diluluskan FINAS dan layak untuk ditayangkan. Bagaimana orang yang terbukti melakukan banyak penghinaan terhadap negara boleh mendapat keistimewaan tersebut? Dikhabarkan filem tersebut memperoleh pulangan RM 4.5 juta. Yang pasti aku bukan salah seorang yang menyumbang sebahagian daripada kutipan tu. 

Ada pihak yang memboikot filem tu, atas alasan yang telah aku nyatakan di atas. Bagi golongan lain yang tidak berapa berkira sangat dengan kesalahan lampau Namewee, mereka suka dan menyokong filem tersebut. Mungkin ada yang kata "seni dan politik perlu dibezakan" atau mereka lebih "terbuka" untuk melihat apakah intipati filem tersebut yang mungkin merupakan sudut pandang Namewee sebagai rakyat Malaysia. Terpulang pada diri masing-masing. 
 
Komen dan pendapat aku...bercampur aduk. Pertama aku memang tak suka dengan kontroversi dan provokasi Namewee, penghinaan tetap penghinaan, ia tetap salah. Kedua, aku tak kisah untuk menonton filem Nasi Lemak 2.0 sebab aku nak tahu apakah pemikiran dan idea Namewee. Walaupun diri dia terpalit dengan pelbagai cerita negatif tapi itu bukan sebab aku nak boikot filem dia. Menonton filem dia juga tidak bermakna aku menyokong dia. Yang pasti persepsi aku terhadap Namewee, NEGATIF.

Boleh dikatakan pendirian aku agak kelabu-kelabu asap dalam isu ni.   

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

teringin nk tgk tp bila tbayangkan pengarahnya..err..terbantut sudah..

Aziz A'zmi said...

tgok tak bermakna mnyokong, nilailah filem tu bdasarkan karekter pengarahnya...mungkin kita bleh tau sama ada pengarahnya tu hipokrit atau sebaliknya...

Shafiq said...

Tudia India Dekat Sana..
Kita Bersyukur Di Malaysia Kerajaan Masih Mampu Menyediakan Kemudahan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!