Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Kenaikan elaun Ahli Parlimen ditarik balik

Bajet 2012 baru sahaja dibentangkan beberapa hari lalu dengan salah satu isi kandungannya ialah menaikkan elaun Ahli Parlimen dengan syarat kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan besetuju dengan cadangan tersebut. Hari ini, cadangan ini merupakan perkara pertama dalam Bajet 2012 yang ditarik balik dan tidak akan dilaksanakan setelah mendapat bantahan daripada wakil rakyat pembangkang. 

Satu perkara yang menarik untuk diceritakan semula.
.
Jumlah peruntukan untuk kenaikan elaun 222 orang Ahli Parlimen ialah sebanyak RM 30 juta dan ia dikatakan bertujuan untuk menampung keperluan dan imbuhan untuk tugas-tugas rasmi dan tidak rasmi Ahli Parlimen yang semakin mencabar. Sebenarnya ini merupakan cadangan daripada wakil rakyat  pembangkang tetapi yang peliknya pembangkang sendiri membantah kenaikan elaun tersebut selepas PM mengumumkannya di akhir pembentangan bajet.
Tiada pula kedengaran suara rakyat yang membantah cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun Ahli Parlimen, tapi tiba-tiba ada segelintir Ahli Parlimen sendiri yang membantah. Ahli Parlimen kerajaan bersorak dan menepuk meja tanda setuju sewaktu mendengar PM mengemukakan cadangan tersebut.  Sehari selepas itu Ketua Pembangkang menyuarakan bantahannya terhadap pelaksanaan cadangan tersebut dengan disokong oleh beberapa orang kanannya. Mereka membantah elaun mereka tidak dinaikkan! Kedengaran lucu, ada juga orang yang menolak rezeki. Aku percaya hanya beberapa orang sahaja yang membantah kenaikan elaun tersebut sedangkan yang lain sebenarnya pasti berasa gembira.  

Bagi aku, aku tak dapat menyembunyikan perasaan curiga dan sangat prejudis dengan bantahan beberapa Ahli Parlimen pembangkang tersebut. Mengikut logik akal, setiap bantuan, imbuhan, faedah dan apa saja yang memberi pulangan lumayan akan diterima dengan hati terbuka. Tapi apa yang berlaku sekarang mendatangkan rasa hairan dan apakah motif sebenar bantahan tersebut? Adakah ini salah satu cara meraih simpati rakyat? Adakah ini satu agenda untuk memenangi hati rakyat? Mungkin juga ini strategi pembangkang untuk memikat kembali penyokong-penyokong dan majoriti rakyat? Apa sebenarnya yang sedang difikirkan mereka aku pun tak tahu. Ini memang membingungkan...

Disebabkan keangkuhan beberapa Ahli Parlimen yang menolak cadangan tersebut, kesemua Ahli Parlimen terheret sama dan akhirnya berputih mata, gagal menikmati habuan yang baru saja dicadangkan. Elok juga, disebabkan ada yang menolak, maka kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang bersama-sama  'sepakat dan sekata menolak' kenaikan elaun mereka. Baru la adil, dua-dua tak dapat. Maka terselamatlah RM 30 juta yang dijanjikan itu, dan adalah lebih baik jumlah tersebut disalurkan kepada hal-hal lain untuk membangunkan dan mensejahterakan rakyat.
.
Memetik slogan kerajaan, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". 

"Ahli Parlimen nanti-nanti la...mengalah dulu..."

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!