Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Jangan pergi Johor, nanti kena culik...

Lagi sekali aku terlambat untuk mengulas isu yang telah berlalu. Minggu-minggu sebelum ni aku agak sibuk dengan urusan di Pulau Pinang. Kebetulan, Johor dan Pulau Pinang dekat di hati aku, jadi aku rasa nak memperjelas sedikit pertikaian isu ini - Kisah negeri Johor diburukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng di Singapura. 

Katanya, kalau orang Singapura datang ke Johor, besar risikonya untuk diculik. Kedengaran agak lucu apabila seorang Ketua Menteri seolah-olah seperti seorang bapa yang sedang menakut-nakutkan anak kecilnya tentang kes culik menculik. "jangan pergi tempat tuu, (Johor)...bahaya, nanti kena culik..."

Dipendekkan cerita, aku tak bersetuju dengan kenyataan LGE itu. Sebab? Sebabnya ialah LGE hanya bercakap tanpa mengemukakan fakta atau statistik kes penculikan di Johor. Aku tahu LGE ketika itu sedang mempromosikan negeri Pulau Pinang untuk menarik pelaburan dari Singapura. Dia cuba menggambarkan bahawa Pulau Pinang sungguh selamat untuk para pelabur berkunjung, tapi janganlah sampai mereka-reka cerita tentang penculikan di Johor. Mungkin dia hanya mengagak sahaja tentang kes culik di Johor, bermakna dia tidak pasti mengenai hal tersebut, maka dia tidak harus mengeluarkan kenyataan sebegitu.
.
Media pula pastinya mengambil kesempatan untuk memperbesarkan isu ini. Bagi aku, ini bukan salah media, tugas media sememangnya untuk menyampaikan apa yang berlaku, namun kadangkala laporan dan penyebaran berita tersebut berlebih-lebihan atas faktor dan agenda tertentu. Faktanya, kenyataan LGE tidak tepat dan dia telah menggambarkan bahawa Johor sebuah negeri yang tidak selamat. Itu sudah menjadi satu 'kesalahan' di mata rakyat Johor. 

Aku juga rakyat Johor, menetap di negeri ini sejak sekian lama. Kes jenayah sememangnya berlaku, namun ianya terkawal hasil daripada komitmen pihak Polis Diraja Malaysia. Itu sudah menjadi tanggungjawab PDRM, bukan sahaja di Johor tetapi termasuk juga di Pulau Pinang. Maaf, aku tak dapat tunjukkan statistik jenayah di Johor khususnya kes penculikan, tetapi berdasarkan pengalaman dan kehidupan aku di Johor, aku tidak pernah mendengar orang kenamaan atau pelabur asing diculik di negeri ini. 

Jika LGE mempersoalkan tahap keselamatan di Johor, bagaimana pula di Pulau Pinang? Aku juga pernah tinggal di Pulau Pinang dan aku tahu bagaimana PDRM Pulau Pinang berusaha gigih untuk mengawal jenayah di negeri tersebut. Soal keselamatan dan jenayah ialah relatif dan sulit. Pada dasarnya kita tidak patut membanding-bezakan tahap keselamatan dan soal jenayah antara negeri-negeri. Ini merupakan perkara yang tidak patut dibincangkan secara terbuka dan hanya pihak yang berautoriti seperti PDRM boleh mengeluarkan kenyataan mengenainya. 

Walaupun LGE sudah memohon maaf, namun terlajak kata tidak boleh diundur. Aku malas nak ambil tahu pertikaian ahli-ahli politik yang masih lagi bertelingkah mengenai isu ini. Ada yang kata permohonan maafnya tidak ikhlas, masih bersandiwara, menyalahkan media dan macam-macam lagi. Bagi aku, kalau dia dah mohon maaf, selesai. Soal ikhlas atau tak, tolak ke tepi. 

Yang penting, LGE dah tunduk dengan desakan supaya memohon maaf, itupun setelah Sultan Johor berasa tersinggung dengan kenyataan tersebut. Kadang-kadang terfikir juga, negeri Johor ini ada keistimewaannya, dari Sultannya hinggalah kepada rakyatnya, masing-masing mendokong dan membela negeri ini sebaik mungkin. Ahli politik bukan mudah untuk meminta maaf sekiranya mengeluarkan kenyataan yang menyinggung mana-mana pihak. Lihat sahaja kes Mat Sabu, tiada permohonan maaf dibuat kepada waris anggota keselamatan Bukit Kepong walaupun dia telah mengeluarkan kenyataan bodoh dalam ceramahnya.
.
Tetapi hari ini aku berasa 'nyaman' apabila LGE yang merupakan  salah seorang seteru politik utama kerajaan BN memohon maaf mengenai kenyataan buruknya terhadap Johor. 

Apapun, berterima kasihlah kepada PDRM yang cemerlang dalam tanggungjawab memastikan keamanan negara, cekap menjalankan tugas dan tidak memilih bulu dalam mengawal keamanan negeri-negeri sama ada diperintah kerajaan BN mahupun PR. 

Johor negeriku!
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!