Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Bajet 2012: Sedikit kekecewaan para graduan

Ini pandangan dan tulisan aku sebagai orang yang tidak arif mengenai soal ekonomi.  Daripada apa yang aku dengar dan perhatikan selepas pembentangan bajet, ramai yang melahirkan pandangan positif dan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Bajet yang dikatakan inklusif untuk menangani beban rakyat mencakupi pelbagai insentif untuk pemain sektor awam dan swasta serta pelbagai lapisan kelas masyarakat. 

Dua jam PM berdiri membentangkan bajet tersebut, aku lebih berminat untuk menanti apakah 'habuan' yang akan dinikmati oleh golongan pelajar dan sektor pendidikan amnya. Beberapa perkara lain yang  menarik bagi aku ialah peruntukan untuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan. Kesemuanya membabitkan peruntukan perbelanjaan untuk pasukan keselamatan dan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam. Tahniah diucapkan kepada kerajaan kerana bidang-bidang ini kesemuanya diberikan perhatian serius untuk terus dipertingkatkan memandangkan persekitaran dan ancaman yang semakin mencabar sama ada ancaman terhadap keselamatan negara mahupun terhadap taraf kesihatan rakyat.


Banyak bantuan diberikan kepada golongan pelajar dan beban ibu bapa juga secara tidak langsung dapat dikurangkan hasil daripada pertambahan bantuan kepada sektor pendidikan negara. Namun ada satu perkara yang aku kurang senang apabila PM mengumumkan bahawa umur persaraan wajib bagi kakitangan awam akan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun. Aku yakin ini merupakan salah satu tuntutan daripada Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (CEUPACS) yang sering mengemukakan tuntutan seperti ini kepada kerajaan. Dahulu mereka jugalah yang meminta supaya umur persaraan dinaikkan dari 56 kepada 58 dan hari ini mereka minta dinaikkan lagi hingga 60.  Selepas ini bagaimana? Nak naikkan lagi hingga 65 tahun pula?


Pada pandangan aku, kerajaan tidak perlu tertalu melayan kehendak dan tuntutan CEUPACS kerana dahulu had umur persaraan kakitangan awam sudah dinaikkan, cukuplah sekali, mengapa dinaikkan lagi? Aku juga tak bersetuju apabila PM menyatakan bahawa kenaikan had umur persaraan tersebut tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan para graduan. Sebenarnya ia menjejaskan. Sebab apa?

Pertama, setiap tahun berpuluh ribu graduan dihasilkan oleh 20 universiti di Malaysia, termasuklah dari Politeknik dan institusi-institusi lain. Manakala berpuluh-puluh lagi IPTS juga mengeluarkan  berpuluh ribu graduan dalam tempoh yang sama. Walaupun sektor swasta menawarkan banyak peluang pekerjaan  dalam pelbagai bidang, namun sektor awam sebenarnya juga menjadi pilihan ramai kerana faktor kesesuaian bidang tugas dengan kelayakan kursus yang diikuti semasa dalam pengajian. Persaingan sesama sendiri antara graduan sudah pastinya mencabar, ditambah pula dengan penjawat awam sedia ada, pastinya  peluang untuk para pelapis ini agak tipis untuk mengisi kekosongan yang ada.

Apabila penjawat awam 'tidak mahu bersara' dan mahu terus kekal di kerusi masing-masing hingga berusia 60 tahun, ramailah golongan muda yang sedang mencari pekerjaan terpaksa menunggu lama sehingga golongan berusia tersebut bersara. Bukankah ini sudah menjejaskan peluang para graduan untuk menyertai sektor awam?

Kedua, apabila umur persaraan dinaikkan, tempoh perkhidmatan mereka akan bertambah. Semakin lama mereka berada di jabatan masing-masing, proses kenaikan pangkat dan persaraan akan menjadi lambat disebabkan tempoh perkhidmatan dilanjutkan. Apabila tiada proses kenaikan pangkat dan persaraan, bagaimanakah akan wujud kekosongan? Maka tiada kekosongan untuk graduan menyertai sektor awam dan mereka terpaksa menunggu lagi sehingga ada kekosongan. 

Ketiga, tambahan pula apabila meningkat ke usia 50-an, ramai di antara masyaarakat Malaysia sudah mula menghadapi masalah kesihatan akibat peningkatan usia termasuklah penjawat awam. PM menyatakan bahawa pengalaman dan kepakaran mereka amat diperlukan untuk menggerakkan perkhidmatan awam. Baiklah, memang benar mereka memiliki pengalaman dan kepakaran tetapi adakah ianya akan kekal cemerlang sekiranya tahap kesihatan tidak mengizinkan? Bayangkan jika  seorang pegawai yang berfungsi sebagai orang penting dalam menyelesaikan sesuatu urusan seperti pengesahan atau kelulusan, tetapi sering mengambil cuti akibat masalah kesihatan, bukankah urusan tersebut akan tergendala dan ia menyusahkan

Keempat, aku tak faham kenapa mereka nak sangat untuk terus bekerja sehingga lanjut usia. Setiap penjawat awam yang bersara akan diberikan wang pencen sepanjang hayatnya. Bermakna mereka masih terus mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan bukannya disisihkan, atau tidak dipedulikan  tanpa sebarang pendapatan. Pesara awam menerima wang setiap bulan. Jadi apakah alasan mereka untuk tidak bersara pada umur yang telah ditetapkan sebelum ini? Bukankah persaraan itu lebih baik agar mereka boleh menikmati rehat sepuas-puasnya, meluangkan masa bersama anak dan cucu ataupun melakukan aktiviti kegemaran yang dahulunya sering terhalang akibat tuntutan kerja. Berbekalkan wang pencen mereka masih mampu untuk meneruskan hidup, percayalah kehidupan mereka tidak akan daif atau melarat.  

Kelima, dipendekkan cerita, tahap produktiviti penjawat awam mungkin menurun akibat berkhidmat terlalu lama dan usia yang lanjut. Kepantasan, kecekapan dan tahap kesihatan mungkin sudah tidak sama seperti mereka di usia muda. Ini akan menyebabkan sesuatu urusan menjadi lambat. Bukankah lebih baik sekiranya kepakaran dan pengalaman itu dicurahkan kepada golongan pelapis, para graduan muda yang semangatnya sedang membara untuk bekerja. Berilah peluang yang leih luas kepada para graduan untuk menyertai sektor awam tanpa banyak halangan demi meningkatkan produktiviti negara pada masa depan.

Tapi itu tidak berlaku. Ramai graduan yang mengeluh dengan keputusan tersebut. Mungkin ada yang tidak terlibat dengan isu ini kerana mereka lebih selesa untuk memilih sektor swasta, namun ini tetap menjadi satu kesulitan bagi golongan yang terkena tempiasnya.
Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

arina razali said...

nk tambah 1 lg sebb.. law die bg sorg dr pekerja senior ni pencen awal.. die bley gaji kan lbey kurang 4 org lg graduan baru utk gnti kn senior tue.. means, gaji org2 senior nie biasenye besar2.. gaji graduan yg baru kuar uni nie ap lah sgt nk d bnding kn ngn dorg kn.. kn ke bley jimat kt ctu.. buat pe nk tambah lg umor pencen??? aku xpham!

Aziz A'zmi said...

yaa...btul cik arina...
sokong...
gaji pmulaan x sama dgn gaji pegawai2 tiggi...

khairul@kechik said...

humm biasalah tu.. Orang kita kan sikit2 nak ikut mcm negara luar contoh umur persaraan ni lah.. negara lain buat umur 60, kita pun ikut. Negara mereka mungkin persaingan utk mendptkan pekerjaan masih rendah. Tak sama keadaanya dgn kita yg persaingan terlalu banyak..

Aziz A'zmi said...

sebab tu la ramai sbenarnya yg nk bkerja dgn sektor awam, dapat bonus, dpat elaun macam2, cuti pun byak, ikut cuti am, cuti hujung minggu, dpat duit pencen, skrg dpat kerja smpai umur 60 plak. mmg istimewa kerja sektor awam...

alahaii...mmg makmur hidup penjawat awam kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!