Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Apa benda HIMPUN ni?


- Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran Himpunan Pertubuhan-pertubuhan Islam (HIMPUN) adalah anjuran bersama oleh 24 buah NGO yang dinyatakan namanya secara jelas dalam laman rasmi HIMPUN. (Bukan anjuran orang perseorangan yang ada agenda tersirat)

- Berobjektifkan memberi fokus dan mencari satu penyelesaian terhadap permasalah akidah umat Islam yang akhir-akhir ini sering terancam oleh gerakan Kristianisasi dan menjadi pertikaian segelintir orang bukan Islam.  Bertunjangkan perjuangan membangkitkan semangat ukhwah sesama ummah.
(Bukan bermatlamatkan mencari publisiti dan sokongan politik) 

- Dianjurkan dan diadakan di dalam kawasan Stadium Shah Alam 
(Bukan pesta jalanan) 

- Mendapat permit berhimpun setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa
(Bukan perhimpunan haram yang boleh mengancam orang awam)
- Perhimpunan boleh disertai oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, agama dan kecenderungan politik. Sesiapa sahaja boleh menyertai untuk mendengar apakah intipati perhimpunan ini. 
(Bukan disertai oleh ketua-ketua parti politik dan penyokong tegarnya) 

- Menyampaikan maklumat sebenar mengenai situasi yang berlaku serta menjawab segala persoalan dengan hujah agama. 
(Bukan membuat bantahan secara keras dan mencetuskan provokasi) 

- Mengukur tahap kesatuan umat Islam dalam isu berkaitan pencabulan dan penentangan terhadap hak dan kelangsungan agama Islam
(Bukan untuk dijadikan medan ujian untuk mengumpulkan berapa ramai yang menyokong program mereka)

- Disertai oleh tokoh-tokoh akademik dan agama bagi menyampaikan pengucapan umum mengenai isu-isu agama Islam
(Bukan medan untuk berteriak, menjerit-jerit atau bertempik tokoh-tokoh politik)
Pada pendapat aku parti-parti politik yang berasaskan Melayu Islam sepatutnya hadir bagi menyatakan sokongan yang bermakna kepada HIMPUN. Setakat yang aku tahu, Pemuda UMNO Selangor mengesahkan kehadiran mereka manakala Pemuda PAS awal-awal lagi sudah menolak untuk berbuat demikian walaupun mereka menyatakan bahawa PAS menyokong perhimpunan tersebut. 

Secara peribadi aku agak terkilan mengapa PAS tidak menyertai HIMPUN sedangkan perhimpunan ini berorientasikan keagamaan dan membawa isu serius mengenai persoalan dan permasalahan agama dan umat Islam. Jadi mengapa PAS tidak mahu turut serta? Bukankah PAS mendabik dada bahawa mereka merupakan parti yang memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan hukum Allah? 

Alasan yang dikemukakan oleh kepimpinan tertinggi PAS ialah HIMPUN tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik dan tidak berunsurkan politik. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak serta. Pertanyaan aku ialah, PAS itu parti politik semata-mata je ke? Habis tu apakah ertinya perkataan "Islam" pada "Parti Islam Se-Malaysia"?? 

Alasan yang diberikan tidak munasabah. Mengapa program raksasa yang berunsurkan agama seperti ini tidak mahu disertai sebuah parti Islam, sedangkan perhimpunan haram BERSIH merekalah antara penggerak utama? Barangkali mahu menjaga hati sahabatnya, DAP dan tidak mahu 'kesepakatan' dalam Pakatan Rakyat berkecai akibat tindakan membelakangkan DAP yang berpandangan serong terhadap Islam. 

Berlainan dengan Pemuda UMNO, aku tidak berasa janggal apabila mereka mahu turut serta. Penyertaan mereka dijangka akan meningkatkan sokongan rakyat kepada mereka memandangkan mereka dilihat lebih komited untuk membela dan menjuarai isu-isu seperti ini. Walaupun UMNO tidaklah dilihat extreme dalam memperjuangkan Islam, tetapi sekurang-kurangnya kelibat mereka dalam HIMPUN akan dipandang positif oleh masyarakat. Bukankah ini yang dimahukan oleh orang-orang politik? 

Aku tetap berpendapat bahawa PAS lebih relevan sekiranya mereka mengambil tempat dalam HIMPUN. Penganjur telah mengatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menyertai HIMPUN tetapi tidak ada sebarang kecenderungan politik dalam program ini. Aku cuma mahu PAS hadir bagi membuktikan mereka benar-benar serius dan berani mengenepikan soal politik apabila berbicara soal akidah dan agama. Tetapi nampaknya mereka gagal melakukan demikian.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, kehadiran wakil dari parti politik  PAS dan UMNO bukanlah membawa maksud untuk bertelagah dan masih membawa isu politik untuk dipekikkan, tetapi bagi mendengar perbincangan, memahami dan merenung apakah isi kandungan HIMPUN, mendalami apakah punca berlakunya permasalahan agama yang sering dipolitikkan dan apakah peranan yang boleh mereka mainkan sebagai parti yang mewakili masyarakat yang beragama Islam. Aku tidak kata mahukan golongan politik ini untuk mendominasi HIMPUN, tetapi cukup sekadar hadir dan lebih elok jika mereka hadir tanpa membawa sebarang imej kepartian.

Aku teramatlah pelik apabila isu agama pun menjadi modal politik sedangkan ianya perlu diselesaikan secara dalaman oleh pemimpin dan penganut Islam sendiri. Parti politik tidak kiralah haluan kanan atau kiri masing-masing lantang bersuara apabila timbul isu sebegini  menyalahkan satu sama lain, sedangkan kedua-duanya beragama Islam. Inilah masanya untuk kumpulkan kesemua organisasi yang berasaskan Islam supaya satu kesefahaman dapat dicapai. Medan politik bukanlah suatu tempat yang sesuai untuk berhujah soal agama. 

HIMPUN merupakan satu platform yang baik, inilah tempatnya.

Photobucket
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Imran said...

Kalau berhimpun boleh selamatkan umat Islam dari murtad?

Tak logik, maaf.

Aziz A'zmi said...

hehe...maaf, saya tak kata pun dgn cara berhimpun ni boleh selamatkan umat islam dari murtad SERTA MERTA.

fikir kembali, secara logiknya, perhimpunan ini memberi panduan dan peringatan kpd kita bhawa akidah umat islam terancam. ini salah satu cara atau lebih tepat lg satu permulaan untuk tarik phatian org islam untuk lebih serius dan fokus thadap masalah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!