Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia: Ironinya di Permatang Pauh

Ketika aku membaca akhbar online tempoh hari, aku sangat-sangat tertarik apabila mengetahui bahawa Rumah Terbuka Aildilfitri Malaysia akan di adakan di Permatang Pauh - spesifiknya lagi di SMK Guar Perahu.Lalu aku post link berita tersebut di Facebook, saja untuk tatapan rakan-rakan lain yang mungkin faham apa yang aku sedang fikirkan.

Hari ini, majlis tersebut sedang berlangsung di sana tatkalan aku sedang menaip di sini. 

Sebenarnya apa yang membuatkan aku musykil dan tertarik dengan berita tersebut ialah, kenapa Permatang Pauh dipilih sebagai lokasi majlis yang dikhabarkan akan dikunjungi 20,000 orang tetamu. Rumah Terbuka Malaysia ialah majlis yang akan disertai oleh Perdana Menteri, timbalannya serta menteri-menteri kabinet - sudah pasti kesemua daripada mereka merupakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ironinya, majlis ini diadakan di Permatang Pauh, sebuah kawasan yang majoriti penduduknya penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR). Lebih menarik, Ahli Parlimen Permatang Pauh ialah Ketua Pembangkang sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat merupakan seteru politik utama pemimpin kerajaan BN. 

Pastinya akan bertembung dua kumpulan yang berpengaruh di Permatang Pauh, kumpulan kerajaan dan kumpulan pembangkang yang pastinya fanatik terhadap Ahli Parlimen mereka. 

Maka itu yang menyebabkan aku berasa hairan, adakah ada maksud tersirat di sebalik penganjuran majlis ini di Permatang Pauh?

Daripada pembacaan aku di blog-blog tempatan, ada yang melaporkan bahawa terdapat cubaan
sabotaj majlis tersebut oleh penyokong-penyokong PR. Menarik!
Kedua, Permatang Pauh dikhabarkan seolah-olah sedang menghadapi pilihan
raya apabila bendera-bendera parti politik PR dipasang di sepanjang jalan menuju ke SMK Guar Perahu, termasuklah bendera UMNO dan BN. Menarik! (tak payah kot ~)

Ketiga, terdapat kumpulan yang dikatakan akan hadir berpakaian kuning (BERSIH), dengan tujuan apa? itu yang kita tak tahu...~

Keempat, dengan kehadiran PM, timbalannya dan menteri-menteri kabinet, pastinya kawalan keselamatan dipertingkat dan kita dapat melihat banyak kelibat anggota polis di sekitar Permatang Pauh. Yang berpakaian preman kita tak tahu berapa jumlahnya...Menarik! 

Kelima, majlis ini dikatakan mendapat sambutan baik daripada Anwar Ibrahim tetapi  respon penyokongnya aku tak pasti. Sudah tentu kesemua penyokong PR dan BN akan bersama-sama menjamu selera di sebuah lokasi yang sama. Adakah akan terjadi sesuatu? Itu aku tak tahu. Menarik!

Keenam, inilah peluang untuk PM bertentang mata dengan Ketua Pembangkang. Asik berperang sahaja di media, inilah peluangnya untuk bertemu mesra. Menarik!

Di sebalik penganjuran majlis ini di kubu kuat Anwar Ibrahim, aku beranggapan dan berpendapat kerajaan BN cuba untuk melancarkan psikologi terhadap kumpulan PR dengan manganjurkan Majlis Hari Raya di Permatang Pauh. Dengan penganjuran majlis ini kehadiran penduduk Permatang Pauh dan kawasan sekitarnya boleh dijadikan penunjuk aras sokongan terhadap kerajaan. 
Selain daripada jamuan hari raya, PM juga akan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan golongan yang layak menerima bantuan. Ini pastinya satu cubaan untuk memenangi hati penduduk Permatang Pauh, dan pastinya ada pihak yang tidak senang dengan usaha itu yang dilihat sebagai cubaan meluaskan pengaruh politik kerajaan BN.

Anwar Ibrahim sedang begelut dengan kes liwatnya yang masih belum selesai, masih lagi diselubungi skandal seks dan isu-isu lain. Populariti beliau mungkin merudum. Ini mungkin merupakan masa yang sesuai untuk memberi tekanan lagi kepada beliau apabila kawasannya dijadikan medan pertemuan pemimpin dan penyokong kerajaan. Tidak ketinggalan mungkin bertujuan untuk memancing golongan 'lalang' supaya kembali menyokong kerajaan. Dalam masa yang sama populariti kerajaan juga dapat diukur berdasarkan sambutan masyarakat setempat. Mungkin.

Ini pendapat aku, andaian...mungkin betul, mungkin salah. Aku rasa ini sesuatu yang menarik untuk dikongsi, sebab itulah aku catatkannya di sini. Bukan niat untuk mempolitikkan perkara ini.

Walau apapun niat dan tujuannya, sebenarnya apa yang aku harapkan daripada 'keunikan' majlis ini ialah, semoga tiada persengketaan politik berlaku. Ini majlis yang baik, majlis menyambut perayaan penganut Islam dan peluang kepada kaum lain bersama-sama meraikan. Bukan menjadi tempat untuk membuat kekacauan. 
Ingat lagi Rumah Terbuka Aidilfitri PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menteri kabinet beberapa tahun lalu di PWTC? Apa yang berlaku? Kumpulan Hindraf datang membawa sepanduk dan membuat kacau. Ini namanya biadab. Hindraf terdiri daripada kaum India, mereka menunjukkan sikap tidak menghormati perayaan kaum lain.

Bayangkan, jika orang Melayu sendiri yang membuat kacau dan menunjukkan kerakusan berpolitik hingga ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri...itu lebih biadab!

Aku rasa tidak wujud sebarang masalah untuk para pemimpin kedua-dua belah parti bertemu, kehadiran PM dari BN dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PKR sewajarnya dilihat sebagai satu keunikan tradisi sambutan perayaan walaupun berbeza fahaman politik. Mereka sebagai pemimpin seharusnya mempamerkan contoh baik dan aku yakin, majlis ini tidak akan disabotaj oleh mana-mana pihak. 

** Cuba positif dalam membuat penilaian...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

aiSya AkaSya said...

menarik pendapat yg dikemukakan ne...mmg timbul banyak persoalan kenapa BN buat rumah terbuka dipermatang pauh....namun yang pastinya memang ada sesuatu niat yang berselindung disebalik majlis ini.

Aziz A'zmi said...

kalau tgok berita yg melaporkan majlis tu, tak sronok pun. lg sronok klu p sndri majlis tu, tgok apa yg blaku. bdak2 usm pun mesti ada g sana kan...

aiSya AkaSya said...

yess..btol2....tmbh2 tv3..RTM...UTUSAN...hahha..propagandasuma 2....klo diberi kesempatan trngn nk p....nk tgk sndri...baru dpt info yg btol...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!