Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Orang Jepun punya perangai...

KOSMO! 19 Ogos 2011

Penduduk Jepun pulangkan semula RM246.41 juta

TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.
Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke
balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.
Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kagum!
Ini sikap rakyat Jepun yang dari dahulu hingga sekarang sentiasa memiliki nilai murni yang perlu kita contohi. Bayangkan, jutaan ringgit wang yang ditemui kesan daripada tragedi tsunami yang melanda Jepun tempoh hari dipulangkan kepada pihak berkuasa.
Berbeza di Barat, aku teringat video yang disiarkan di televisyen yang memaparkan kejadian rusuhan di Britain . Apa yang berlaku ialah kegiatan merompak dan mencuri barangan daripada kedai-kedai di sekitar London. Tidak dilupakan kejadian seorang pelajar Malaysia dirompak dan dibelasah. Semua ini tindakan manusia yang tidak bermoral dan suka mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.
Status negara maju dan negara kelas pertama belum tentu menjadi kayu ukur bahawa rakyatnya juga mempunyai moral dan mentaliti kelas pertama. Buktinya, lihatlah huru hara yang berlaku di London.
Walaubagaimanapun, aku yakin itu tindakan kumpulan yang terdesak, namun 'wajah' dan tingkahlaku merekalah yang mencerminkan bangsa dan negara mereka.
Begitu juga situasi di Jepun, kebanyakan rakyatnya bersifat positif serta dipenuhi budaya nilai murni. Itu jugalah yang mencerminkan bangsa dan negara mereka.
Di Malaysia bagaimana? khususnya kita...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!