Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Woi pencuri..!! pulangkan syiling tu

Bagi saya, kalau dah nama pencuri - mengambil hak orang lain tanpa kerelaan si pemilik, kita tak perlu nak berbudi bahasa atau berlaku baik terhadap mereka. Untuk apa? Jadi tajuk post kali ni amatlah sesuai dengan menggunakan dialog percakapan harian masyarakat kita.

Ketika melihat tajuk utama akhbar tempoh hari, beberapa akhbar menyiarkan berita "pesta" mengutip duit syiling di sebuah lebuh raya. Kelihatan gambar terpampang jelas ramai lelaki sedang asyik mencangkuk mengutip duit syiling di tepi lebuh raya tersebut. Lebih memalukan syiling tersebut bertaburan akibat kemalangan jalan raya yang berlaku. Tidakkah ini mengambil kesempatan untuk diri sendiri hasil daripada kecelakaan yang menimpa orang lain?


Inikah sikap rakyat kita? Tahniah! Anda memang 'prihatin'.

Setelah membaca berita tersebut, beberapa persoalan bermain di fikiran, antaranya,

  • Adakah pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan itu diberikan bantuan?
  • Tidak terdetikah di hati mereka bahawa mengambil syiling tersebut adalah satu kesalahan dan berdosa di sisi agama?
  • Adakah polis yang mengawal keadaan di situ tidak memberi teguran atau amaran untuk menghalang mereka daripada terus mengutip syiling tersebut? Atau mereka sengaja tidak mengendahkan amaran polis?
  • Adakah mereka tidak malu bertinggung beramai-ramai mengutip syiling tersebut sambil diperhatikan pemandu lain?
  • Mengapa tiada perasaan bersalah mengambil keuntungan (walaupun tidak seberapa) hasil daripada kecelakaan yang menimpa orang lain?
  • Yang bertaburan hanyalah duit syiling, 50 sen, 20 sen dan 10 sen. Nilainya tidaklah sebesar mana, tetapi mereka tetap mahukannya.
  • Apakah yang mereka boleh lakukan dengan jumlah syiling yang banyak itu? mungkin mahu menyusunnya bertingkat-tingkat di rumah mereka...

Beberapa hari kemudian, saya terbaca berita di akhbar yang sama yang mengatakan bahawa pihak polis meminta orang ramai yang mengambil duit syiling berkenaan supaya memulangkan ia semula kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang. Salah tetap salah. Walaupun duit syiling, curi tetap curi. Saya pun tidak mahu faham mengapa mereka ambil syiling berkenaan, lainlah kalau yang bertaburan itu wang kertas bernilai RM 50 atau RM 100.

Pulangkanlah la syiling tu di balai-balai polis berdekatan wahai si pencuri. Berdasarkan gambar dan maklumat orang ramai, anda bakal ditahan pada bila-bila masa kerana kesalahan mencuri.

Memang tak malu!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

Cik Fadz said...

Dh nama pn duit..xkire la nilai brape..ttp mnjadi rebutan..hu2x.. tp tu la,perkara sebegini tidak seharusnya berlaku..agk memalukan sbnrnya..

Aziz A'zmi said...

mmg malu pun...
secra logiknya duit syiling tu kan bila dikumpul2 jd berat...
tp nk jgk dikutip bwk balik rumah...

haii...manusia2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!