Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Komando TLDM vs Lanun Somalia

Komando TLDM ataupun lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL) merupakan pasukan elit yang dilatih untuk berhadapan dan memerangi segala aktiviti keganasan. Maklumat dan butiran pasukan ini amat sulit dan anggotanya juga tidak dapat dikenalpasti.

Selain daripada PASKAL, negara kita juga mempunyai pasukan Komando lain dari Tentera Darat, Tentera Udara (PASKAU) dan Polis Diraja Malaysia (Komando 69).

Kesemua pasukan ini merupakan aset dan kepentingan negara dalam menangani segala kemungkinan yang mengancam keselamatan negara berdaulat ini.

Atas dasar itulah, baru-baru ini media melaporkan pasukan PASKAL telah menggempur lanun Somalia yang merampas kapal dagang Malaysia, MT Bunga Laurel milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) di perairan Teluk Aden. Menariknya operasi yang sama juga dilakukan oleh Komando Korea Selatan bagi merampas semula kapal dagang negara mereka daripada tawanan lanun tersebut.

MT Bunga Laurel

Tatkala membaca berita mengenai peristiwa tersebut, perasaan puas hati dan kagum terhadap PASKAL tidak dapat disembunyikan. Sememangnya mereka telah membuktikan bahawa pasukan keselamatan Malaysia merupakan pasukan terbaik dan berani menghadapi keadaan yang sukar.

Tiada kematian dilaporkan dan kesemua anak kapal MT Bunga Laurel selamat. Manakala kesemua lanun yang berada di atas kapal tersebut berjaya ditawan. Ini merupakan satu kejayaan besar dan menunjukkan segala taktik dan strategi yang digunakan pasukan TLDM berkesan dalam menyelamatkan nyawa tebusan dan merampas semula kapal berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian, tindakan Komando TLDM dan Korea Selatan dikritik Tentera Laut EU kerana mereka berpendapat operasi penggempuran itu amat berbahaya dan boleh meragut nyawa tebusan.

Adakah Tentera Laut EU tidak berani mengambil risiko melakukan operasi seperti yang dilakukan PASKAL?

Apapun alasannya PASKAL telah membuktikan yang mereka sememangnya profesional, cekap, tangkas dan hebat!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!