Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Takde Sivik Punya Orang!

Orang kata tandas tempat untuk mencari atau boleh mendatangkan ilham kepada kita. Hipotesis tu mungkin benar sebab entri ini hasil cetusan ilham yang menerjah kepala otak saya sewaktu berkunjung ke tandas di desasiswa tempat saya menginap.
.
Kisah 1: Bila bercerita pasal tandas, mesti orang akan kata kita ni pengotor la, selekeh la, takde cerita lain ke? dan sebagainya. Mengapa? Jawapannya mudah. Kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan tandas yang kotor, berbau, tak cantik, rosak sana sini dan segala bentuk yang negatif, jadi apabila bercerita mengenai tandas, kita dilabel sebagai orang yang negatif juga.
.
Perkara ini sudah menjadi stereotaip masyarakat Malaysia. Sekiranya kita sendiri menggunakan dan memelihara tandas supaya ianya sentiasa berbau wangi, bersih, selesa dan dalam keadaan yang elok, rasanya tidak timbul rasa geli dan mual apabila bercerita mengenai tandas. Betul atau tidak?
.
Kita hanya mengharapkan cleaner untuk membersihkan tandas setiap hari. Jika itu persepsi anda, sila ubah mind setting tersebut kerana cleaner juga manusia yang ada perasaan dan rasa geli, mual dan jijik terhadap keadaan tandas yang teruk.
.
Kisah 2 : Jalan raya yang cantik, rata dan melancarkan pemanduan menyebabkan pemandu dan penunggang kenderaan bersikap biadap di jalan raya. Kita sudah tahu apakah yang dimaksudkan biadap di jalan raya. Jadi tidak perlu saya mengulas panjang. Cuma saya sangat berasa tidak puas hati terhadap penunggang motosikal yang tidak tahu fungsi lampu isyarat dan apakah yang perlu dilakukan apabila lampu merah menyala.
.
Bodoh. Memang takde sivik dan apa sahaja perkataan kesat saya akan gunakan terhadap penuggang motosikal sebegini. Sepanjang berada di Pulau Pinang, keadaannya sangat berbeza di tempat asal saya. Yang lucunya, golongan bodoh ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Ada pak cik berkopiah, apek, uncle samy, remaja yang mungkin takde lesen, posmen, dan sebagainya dengan selamba melanggar lampu merah ketika pemandu lain sedang berhenti.
.
Tidak cukup dengan itu, saya rasa mereka berbangga kerana berjaya melepasi lampu merah tanpa dirempuh kenderaan lain. Maka sebab itulah mereka cukup 'bergaya' dan menunjukkan skil menunggang motosikal yang hebat seolah-olah di Malaysia ini hanya dia seorang memiliki dan pandai menunggang motosikal. Waahh..'hebatnya' si bodoh ni!!
.
Kisah 3 : Masih mengenai kenderaan dan jalan raya. Ini satu lagi tabiat bangang orang kita tanpa mengenal bangsa. Memang 1Malaysia, satu hati satu semangat parking kenderaan ikut suka dan menghalang kenderaan lain. Apa lagi mau cakap? Takde sivik la....
.
Bukan saya seorang yang menghadapi masalah ini, saya yakin ramai lagi yang pernah berhadapan dengan situasi ini dan mungkin juga anda salah seorang yang memiliki tabiat ini. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri, fikir la juga perasaan pengguna jalan raya yang lain. Tuhan bagi akal gunakanlah baik-baik bukan guna ikut suka-suka.
.
Orang lain pun ada kenderaan, orang lain pun nak parking kenderaan, kalau dah parking sesuka hati memanglah nak kena maki hamun. Saya ingatkan lagi sekali, bukan anda seorang sahaja ada kenderaan kat Malaysia ni.
.
Kisah 4 : Kali ini berkisar mengenai sikap pelajar ketika makan di kafetaria. Berdasarkan pemerhatian saya sudah banyak kafeteria di USM telah memulakan dasar 'angkat pinggan dan cawan' selepas makan. Selepas itu asingkanlah perkakasan tersebut mengikut klasifikasi masing-masing. Banner peringatan sudah digantung dan terpampang di depan mata. Tapi kita masih tidak mahu melihatnya.
.
Saya tidak pasti pula sama ada kita terlupa atau sengaja lupa untuk mengangkat pinggan dan cawan selepas menjamu selera. Simpatilah anda terhadap pekerja kafeteria yang mungkin mahu mengurangkan sedikit beban kerja mereka dengan cara melaksanakan dasar tersebut. Tapi kita kurang prihatin dengan situasi di sekeliling. Masih tiada kesedaran....
.
Saya pernah bekerja sebagai krew di restoran McDonald's di Johor Bahru sementara menunggu keputusan SPM keluar. Suatu hari ketika saya ditugaskan di bahagian lobi, sedang saya mengemas meja dan sisa sampah yang ditinggalkan di atas meja, saya melihat seorang pelanggan wanita mengangkat traynya dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Lantas saya bertanya, "Kak, kenapa buang sendiri? biar je atas meja, kami akan kemaskan".
.
Jawapan pelanggan wanita itu cukup membuatkan saya terharu, "Takpe...saya boleh buat sendiri. Sepatutnya kita buang sampah sendiri. Orang kita dah terbiasa menyusahkan orang lain". Saya terdiam dan hingga ke hari ini saya masih ingat dialog singkat kami itu. Beliaulah pelanggan pertama dan terakhir yang saya temui mempunyai sikap sedemikian rupa.
.
Saya pasti kebanyakan daripada kita menganggap pelayan-pelayan restoran tidak lebih daripada seorang pekerja semata-mata dan cara melayan mereka juga agak kurang sopan. Cuba kita perhatikan cara orang kita memanggil pelayan restoran atau kedai makan. Memanggil dengan cara memuncungkan bibir dan mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian mereka supaya datang ke arah meja pelanggan. Itu sudah menjadi kebiasaan dan kita sudah tidak peduli mengenai tatasusila dan sifat sopan.
.
Mungkin ada diantara kita beranggapan "dah memang kerja dia pelayan, buat la kerja elok-elok, customers always right". Saya teringat kata-kata seorang pelajar senior Sains Komputer USM, "Kita jangan ada sifat tuan". Kata-katanya itu lebih merujuk kepada adab dan tatacara kita ketika dan selepas makan. Tiada kaitan pun dengan ketuanan Melayu. Harap jangan salah faham. Walaupun pelayan kedai makan dibayar untuk melayan dan menurut kehendak pelanggan tetapi kita sebagai mausia harus ada kesedaran sivik dan nilai kemanusiaan terhadap manusia lain.
.
Banyak pengajaran yang kita peroleh hasil daripada memerhatikan gelagat manusia. Saya tidaklah mengatakan diri saya perfect dan cukup baik di mata masyarakat tetapi apa yang hendak saya sampaikan ialah nilai murni yang patut disemat dan diamalkan terutamanya sikap menghormati orang lain dan kesedaran sivik dalam setiap aspek kehidupan.
.
Setiap manusia ada perasaan dan maruah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Remie Ramli @ Remie said...

Aku setuju dengan kata-kata "Kita jangan ada sikap tuan"..Kadang-kadang, kita kena buat juga "khidmat sosial".. Bukan kena cuci hospital atau balai raya, cukup la buang sampah kita sendiri atau benda yang mampu kita buat. Tapi sikap tu makin kurang. Peranan sosial masyarakat kita makin kurang.

Terutama jika orang ada yang bersikap "Kita bayar mereka untuk berkerja".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!