Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Apa Cerita Kampus Kesihatan?

Kampus Induk USM telahpun selesai urusan pengiraan undi yang memakan masa lebih dari 6 jam bermula dari 8.00 malam dan berlarutan hingga ke 2.30 pagi. Pro-Aspirasi terus mendominasi kepimpinan MPP USM dengan kemenangan 24 kerusi dan calon Bebas berjaya menduduki 2 kerusi. Manakala Pro-Mahasiswa berputih mata apabila gagal meraih sebarang kerusi.
.
Tapi jangan kita lupa, keputusan PRK di Kampus Kesihatan (KK), Kubang Kerian belum dikeluarkan secara rasmi. Menurut perkiraan ianya akan diumumkan pada Isnin ini (1 Februari 2010). KK sejak dahulu lagi amat terkenal sebagai kubu kuat Pro-Mahasiswa. Walaupun keputusan rasmi masih belum dikeluarkan namun menurut sumber dua kerusi yang dipertandingkan di Pusat Pengajian (PP) Perubatan dan satu kerusi di PP Pergigian masing-masing telah dimenangi calon Bebas dan Pro-Mahasiswa tanpa bertanding.
.
PP Sains Kesihatan pula memperlihatkan penguasaan calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi dua kerusi konstitensi PP tersebut. Persoalan yang masih belum terjawab ialah siapakah yang memenangi satu-satunya kerusi umum yang dipertandingkan di KK? Adakah Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi?
.
Nampaknya KK tidak selari dengan kejayaan yang dicapai Pro-Aspirasi di Kampus Induk. Pro-Mahasiswa menjadikan KK sebagai taruhan terakhir untuk menguasai kerusi-kerusi di konstituensi PP berbanding prestasi buruk mereka di Kampus Induk. Hanya KK memberi harapan kepada mereka untuk mengisi kekosongan Exco-exco MPP sidang 2009/2010.
.
Tidak mengapa, sama-sama kita nantikan khabar dari KK Isnin ini.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

isyaNIA said...

pro-m menang kerusi umum di usmkk dgn perbezaan undi yg amat besar. sudah dijangka sebenar ye.

tapi ape yg saya boleh katakan, kampus kesihatan berbeza dgn kampus2 usm yg lain. ada ramai calon yg seswai, berkepimpinan di usmkk, tapi tidak layak betanding kerana syarat yg dikenakan. akhir ye, kerusi yg ada dibiar kosong, dan mereka menang tanpa perlu bertanding.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!