Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Penghinaan Terhadap Melayu dan Islam


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Baru-baru ini saya menerima e-mel daripada seorang rakan di Pulau Pinang. E-mel tersebut mendedahkan surat daripada sepasang suami isteri berketurunan India yang dipercayai tidak berpuas hati dengan layanan sebuah jabatan kerajaan di Selangor. Saya yakin e-mel tersebut telah tersebar dan mungkin ada diantara kita yang telah membacanya.



Persoalannya, mengapa rasa tidak puas hati itu disalurkan dalam bentuk penghinaan kepada bangsa Melayu? Mereka kemudiannya bermegah-megah dengan pencapaian perniagaan mereka dan merendah-rendahkan bangsa Melayu yang dikatakan sentiasa menerima ‘suapan’ daripada kerajaan.

Isu lain yang dibangkitkan ialah sembahyang umat Islam lima kali sehari. Mereka membandingkan solat orang Islam dengan solat orang Amerika (tidak dinyatakan pula agama apa, barangkali hentam semberono). Katanya, orang Amerika sembahyang seminggu sekali tetapi Amerika maju manakala di Malaysia orang Islam sembahyang lima kali sehari tetapi Malaysia masih mundur. Kesimpulan yang suami isteri ini berikan: sembahyang lima kali sehari hanya dilakukan oleh umat yang lemah dan walaupun sembahyang lima kali tetapi bersifat binatang, iaitu merogol anak. Bagi mereka, mereka tidak bersolat tetapi berjaya dalam kehidupan.


Adakah merogol anak hanya dilakukan oleh orang Islam? Adakah bangsanya sangat mulia? Saya tiada niat untuk menyalakan api perkauman, tetapi hari ini bangsa lain sudah berani secara terbuka menghina dan mempermainkan sentimen perkauman dan keagamaan. Jadi bagaimana tindakan kita untuk menjalankan ‘serangan balas’ kepada golongan ini?

Soal agama dan kaum sangat sensitif untuk disentuh di Malaysia. Tetapi mereka berani membangkitkan isu sensitif ini. Apakah niat sebenar mereka? Dengan menggunakan slogan hak kebebasan bersuara dan menuduh mereka didiskriminasi, adakah itu merupakan permit untuk mereka menghina bangsa dan agama orang lain sewenang-wenangnya?

Saya sendiri banyak menerima komen yang berbaur perkauman. Cukup dahsyat sehinggakan caci maki, penghinaan dan segala kejian dihambur dalam laman blog saya. Saya faham, mereka hanya menyalak memprovokasi dengan cara yang bacul. Saya tiada masa untuk melayan pengecut sebegitu yang berselindung di sebalik nama samaran dan kecanggihan teknologi.



Jadi, apakah lagi ikhtiar kita untuk memupuk perpaduan? 52 tahun kemerdekaan memperlihatkan sikap prejudis dan perkauman semakin menebal sebenarnya. Bandingkan ketika zaman pra-kemerdekaan dahulu, kaum-kaum di Tanah Melayu rapat ibarat satu keluarga. Tetapi situasi hari ini sudah jauh berbeza. Mengapa? Kerana zaman sudah berubah dan kita sudah hilang sifat ‘penerimaan’ terhadap kehadiran bangsa lain.

Malaysia oh Malaysia....sebahagian rakyatnya yang sudah hilang sifat menghormati orang lain.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 comments:

Anonymous said...

Kadang-kadang saya terfikir sama ada perpaduan di Malaysia indah khabar dari rupa atau sememangnya teruk seperti yang dicanang. Ahli politik yang mencanangkan perpaduan, dalam masa yang sama mereka juga menyalak perkauman. Lihat saja dalam akhbar.

Tentang surat orang India ini, saya rasa mana-mana kaum juga sama - menghina agama dan kaum orang lain. Buktinya lihat saja baru-baru ini orang Melayu-Islam berarak membawa kepala lembu dan memijaknya. Kita sudah hilang hormat pada agama orang lain, juga dalam masa yang sama kita tidak hormat agama kita. Kerana apa? Kerana kita memburukkan akhlak umat Islam sendiri.

Kita tidak perlu melatah tentang solat yang dikatakan dalam surat itu, kita tahu apa yang agama kita cuba ajarkan. Tak perlu berdebat kerananya. Orang Melayu-Islam mundur kerana menginggalkan Islam, itu hakikatnya.

Dalam soal ini yang terbaik adalah kita perlu saling hormat, bertoleransi dan memahami.

~ Peipanlization

Andin Muhammad Syukri said...

sy setuju dgn pndangan Tanpa Nama tu..setelah lebih 50 tahun kita org2 melayu bertolak ansur dgn mereka, setelah kita beri hak kewarganegaraan kpd mereka,hari ini kita dapat ganjaran yg amat pahit umpama cuka yg diletak di atas luka.

apabila ada yg menolak, maka salah satu kena beransur..jadi kena ada unsur tolak ansur dalam kes ini..

seperti mana yg dikatakan oleh Tanpa Nama kita sewajarnya kembali kpd Islam yg sebenar..kini belum kelihatan lagi Islam yg sebenar, yg ada hanyalah untuk kepentingan politik peribadi..

sabarini said...

assalamualaikum..
sdh rasanya..klau skrg ni keadaan dh mcm ni,bgaimana dgn anak2 kita pd msa depan..
xdpt dibayangkan..
nauzubillahhiminzalikh..

Aziz A'zmi said...

peipanlization, syukri, hatsumomodeep...

sy sbnarnya tdk bersetuju dgn tindakan sekumpulan orang melayu-islam yang berarak membawa kepala lembu dan memijak-mijaknya.

ini juga merupakan satu penghinaan terhadap agama hindu kerana mengikut kepercayaan agama mereka lembu mrupakan haiwan suci. bukan cara ini yang di ajar dalam islam

walaupun bangsa lain menghina agama kita tetapi jgn sesekali kita membalas hinaan itu dgn cara yg boleh mendatgkan mudarat kepada perpaduan negara.

sy setuju dgn peipanlization berkenaan isu solat. org islam tinggalkan solat, org islam jauh dri agamanya...maka ketinggalanlah mereka dlam arus kemajuan.

tetapi jika ada yg mempersoalkan mengapa org kafir boleh maju dengan agama masing-masing? itu dinamakan 'istidraj' iaitu Allah memberikan mereka kesenangan dan kekayaan di dunia, tetapi azab bagi mereka di akhirat kerana tidak mengikut seruan laailaaha'ilallah. Jangan kita campuri urusan Allah s.w.t.

tidak kiralah penganut agama apa pun, perlu ada rasa menghormati dan memahami perbezaan antara kita. tindakan 'berbalas-balas' peghinaan ini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada yang memulakannya dahulu.

berkenaan dgn akhbar yang memperjuangkan kaum masing2. rasanya tidak salah utk tujuan itu, tetapi ianya haruslah dilakukan dgn cara berhemah dan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan keagamaan yg keterlaluan.

kita manusia berakal, mampu berfikir dan membuat pertimbangan. jadi, adakah kita mempunyai pertimbangan sekiranya sengaja mencetuskan isu-isu yg boleh membakar semangat perkauman dan agama?

sabarini said...

jd sdr aziz..
pd pandangan kamu sndri..
secara peribadi..
bgaimana sifat perkauman yg terlalu sgt menebal tu nk dikikis..
sbb kita org melayu dh 52 tahun mencuba..
tp nmpk nya..kita 'separuh' gagal..

Aziz A'zmi said...

utk pengetahuan hatsumomodeep...
Amerika Syarikat mengambil masa beratus-ratus tahun untuk membentuk dan menerap semangat perpaduan dan kenegaraan kepada rakyatnya. walaupun mereka berbilang kaum, kulit putih, kulit hitam, keturunan asia, native american, dll...tp mereka berbangga dgn kerakyatan mereka "we're American". identiti mereka bukan lagi berasaskan perkauman. itu pun hari ini di Amerika masih lagi wujud sedkit krisis perkauman.

di malaysia satu hakikat yg mesti kita terima ialah kita bina Malaysia daripada pelbagai kaum. sebelum kemerdekaan, orang melayu sendiri menebal dengan semangat kenegerian. apabila inginkan kemerdekaan, barulah orang2 melayu bersatu apabila persatuan2 melayu negeri dihimpunkan di bawah satu nama iaitu UMNO. jadi, klu org melayu sendri berpuak-puak, apatah lagi dgn kehadiran kaum lain?

kemasukan org2 cina dan india pula dikatakan memberi ancaman kepada org melayu kerana pd 1 ketika, bil org bukan melayu lebih besar drpd bil org melayu. inilah 'kecerdikan' penjajah british...

dan org2 cina dan india pula masing2 memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa mereka memandangkan mereka bukan berada di tanah air sendiri.

saya sendri tidak mampu utk memberi idea bagaimana mahu mengikis perasaan perkauman yg menebal. ia memang sukar!

segalanya merupakan hasil tinggalan sejarah...faktor sejarah tidak boleh diubah dan ia membawa maslaah kepada kita generasi hari ini.

cuba bandingkan kewujudan AS selama beratus-ratus tahun dan Malaysia yg baru masuk 52 tahun.

agaknya bila rakyat malaysia boleh hidup harmoni tanpa semangat perkaumn??
hmmmm.....

sabarini said...

sdr aziz,
knp nk dibandingkan dgn amerika..
ambil contoh yaman,bergabung 2 negara dan boleh hidup aman damai..
sbnr nya btul kenyataan sdr aziz tu mengenai amerika,cuma sy xsuka amerika..tu je mslh nye.
apa pun terima ksh krn menjwb.

slmt hari raya

Anonymous said...

Faktor sejarah, khususnya Pecah dan Perintah yang menyebabkan keadaan ini berlaku kerana pihak British tidak mahukan rakyat di Tanah Melayu pada waktu itu bersatu menentang mereka.

Setelah kita merdeka, kenapakah kita masih perlu meneruskan Pecah dan Perintah ini secara moden dengan mengasingkan sistem pendidikan kita khususnya. Kita harus akui bahawa melalui sistem pendidikan yang menyatukan ketiga-tiga kaum di dalam satu sekolah adalah salah satu daripadanya.

Jika ketiga-tiga kaum ini dibawah satu sekolah, bermain bersama, belajar bersama, saya rasa sikap prejudis dan stereotaip terhadap satu kaum dengan kaum yang lain akan berkurangan.

Persoalan kemudian timbul, kenapa kerajaan sekarang tidak mahu mewujudkan hanya satu sekolah? Secara matematiknya amat mudah. Orang Melayu masih memerlukan kerajaan, jika orang Melayu khususnya menolak kerajaan dan bersatu-padu dengan kaum lain, kerajaan yang ada sekarang [baca: UMNO ] akan rapuh kerana kehilangan sokongan.

Inilah yang UMNO tidak mahukan. Sebenarnya UMNO yang menjadikan rakyatnya [ baca:orang Melayu] bodoh dan dibodohkan kerana ingin mengekalkan legatimasinya kerana pihak ini tahu tanpa mereka, orang Melayu akan patah kaki.

Oleh sebab itu, perpaduan yang mereka kokokkan hanya satu retorik sedangkan dibelakang merekalah yang menjadi pemercik api perkauman.

"bgaimana sifat perkauman yg terlalu sgt menebal tu nk dikikis"
Melalui pemansuhan setiap entiti yang berasaskan perkauman. Kita tidak perlu pergi ke Yaman atau Amerika Syarikat. Pilih sahaja negara berdekatan dengan kita yang bagi saya agak cemerlang perpaduannya iaitu Indonesia. Jika AS berbangga " We are American", Indonesia berbanggsa, " Kami orang Indonesia". Tidak akan keluar perkataan kaum Cina, Melayu dan India di Indonesia.

Persoalannya kembali, apakah benar negara kita tahap persefahamannya teruk, tiada toleransi, tiada perpaduan atau ini semua hanya kecokkan pemimpin yang di atas sana? Anda fikir bagaimana? Secara peribadi, saya melihat sebenarnya tahap perpaduan kita tidaklah begitu meruncingkan cuma kita selalu ditotokkan dengan perkara sedemikian.

~ Peipanlization

Aziz A'zmi said...

hatsumomodeep...

sy bandingkan dgn amerika syarikat sebab di sana situasinya sama sept di malaysia...pelbagai bangsa diterima sebagai warganegara amerika.

di yaman, mereka merupakan bangsa homogenous iaitu bangsa arab, mereka berkongsi nilai, tradisi dan gaya hidup yg sama. lantas tidak wujud perbezaan seperti yg berlaku di malaysia yg mempunyai pelbagagai budaya, ritual agama, kepercayaan dll.

peipanlization...

saya setuju dgn ulasan anda mngenai sistem pendidikan pelbagai aliran, yg menjadi tembok penghalang kpd perpaduan. malangnya apabila ia telah terlalu lama dibiarkan, maka sukar utk mengubah sistem ini menjadi 'sekolah wawasan' yg menghimpunkan pelbg kaum di bawah satu bumbung kerana mahu mencapai matlamat perpaduan. ia perubahan yg sgt drastik dan sukar diterima msyarakat terutamanya bukan melayu dengan alasan 'survival' pendidikan kaum mereka akan terancam.

mengenai pemansuhan kaum mengikut entiti, sy x pasti adakah ini satu cadangan y baik atau tidak. baru-baru ini ada idea yg dilontarkan supaya tidak ada lagi ruangan "kaum" dalam setiap borang. ada yg setuju, ada yg menentng. bg sy, mungkin perubahan yg diinginkan itu hanya bersifat 'kosmetik' atau 'di atas borang' sahaja. sekiranya sikap prejudis dan stereotaip spt yg peipanlization katakan itu masih menebal dalam diri, tidak ada gunanya juga.

berkenaan dgn semangat org indonesia yg menebal itu, sy setuju dengan impaknya dalam setiap org indonesia. tetapi sekiranya impak tersebut sgt kuat sehinggakan mereka memusuhi org malaysia spt yg berlaku baru-baru ini, itu sy tidak bersetuju.

perpaduan org indonesia mmg kuat dgn slogan "kami org indonesi". mmg benar tiada sebarang imej atau identiti kaum ditonjolkan di sana. bahasa cina dan india tidak dituturkan, tidak ada smbutan perayaan berasaskan kaum, tidak ada nama cina atau india. segalanya indonesia!.

tetapi kita kena igt, cara pemerintahan indonesia ketika zaman sukarno dan suharto adalah bersifat kejam, kuku besi atau diktator. jauh berbeza dgn pemerintahan tunku, tun razak, tun hussein yg lembut dan berhemah.

adakah kita mahu pemerintahan diktator demi mencapai perpaduan yg akhirnya memakan diri kita sendiri? perpaduan boleh dicapai tapi bukan dgn cara spt yg diamalkan indonesia.

kerana isu yg remeh temeh, mereka sanggup menghunus buluh runcing dan melakukan "sweeping malaysian" sehinggakan nyawa rakyat malaysia di jakarta diisytiharkan berada dalam bahaya. itukah perpaduan? atau semangat kenegaraan? kita tidak mahu itu berlaku di malaysia.

kita ada cara sendiri, klu peipanlization kata masalah perpaduan kita tidaklah serius sgt, bermakna masih wujud perpaduan bukan? itu juga bermakna 'method' atau formula perpaduan kita berkesan. kita guna cara kita sendiri, acuan kita sendiri.

tp waspadalah dgn golongan yg tidak mahu melihat kejayaan kerajaan malaysia. mereka inilah sebenarnya yg menyalak dan mencari ruang mewujudkan perpecahan.

Andin Muhammad Syukri said...

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN JURANG ANTARA KAUM DI MALAYSIA SEMAKIN KETARA?

tajuk ni cukup menarik utk forum kita..

apakah yg menyebabkan perkara tersebut? adakah disebabkan oleh institusi pendidikan, kewujudan parti2 politik berasaskan kaum, faktor penjajah atau adakah wujud faktor2 lain?

tajuk yg menarik utk dibahaskan..

Anonymous said...

Dalam hal Indonesia dan masalahnya dengan Malaysia itu melibatkan hubungan luar dan ini berada di luar konteks perpaduan yang kita bincangkan. Perpaduan yang kita bincangkan hanya berada dalam lingkungan inter-state yang hanya mencakupi masalah dalaman sesebuah negara dan masalah 'perpaduannya' dengan negara luar. Itu satu tajuk yang lain, yang kupasannya lebih mendalam.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Itu benar. Di zaman pemerintahan awal Suekarno dan Suharto sememangnya mereka kejam, namun, kita masih boleh lihat kejayaannya mengasimilasikan pendudukan Indonesia. Hasilnya kita boleh lihat hari ini.

Mungkin disebabkan 'lembutnya' cara pemimpin kita mentadbir menyebabkan hal semacam ini masih berlaku iaitu pepecahan di antara kaum di Malaysia. Seperti yang anda katakan, saya juga bersetuju kita perlu mencari kaedah yang sesuai untuk mengukuhkan perpaduan rakyat kita yang berbilang kaum.

Mencari formula yang sesuai untuk digunakan adalah amat susah sekali kerana kaum di Malaysia tidak lagi menghiraukan perpaduan sebaliknya sistem kapitalis telah mendominasi minda mereka iaitu mencari kekayaan untuk hidup mewah tanpa perlu mengambil kira soal-soal lain.

** Jika anda berminat mengenai kepimpinan Tunku Abdul Rahman mungkin buku 13 Mei Sebelum dan Selepas boleh membantu. Di dalam buku tersebut di lampirkan surat Tun Mahathir kepada Tunku. Menarik untuk dibaca. Masih relevan dengan situasi kini.

- Peipanlization

sabarini said...

sebenar nya,sy bersetuju kalo kata perpaduan di Malaysia skrg tidak lah seteruk yang disangka.cuma mgkin bergantung pada tempat dan penerimaan sesetengah individu itu sendiri..
sbb ada jgk org melayu sndiri msh terbelenggu dgn persepsi buruk thdp kaum lain..
tp dkt usm ni,alhamdulillah..
melayu,india dan cina msh boleh mkn dan belajar bersama..

harap ia berkekalan smpai bebila..

slmt balik kampom..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!