Akhbar Tempatan

Madah Negarawan

Madah Negarawan

Popular Posts

Pemandu Berani Mati

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam perpaduan

Hari raya telah masuk hari ke-8...ramai antara kita sudah pulang semula ke kota dan bandar-bandar utama. bagi pelajar-pelajar universiti, masing-masing sudah kembali ke kampus, cukuplah cuti selama seminggu berhari raya di kampung halaman. Alhamdulillah perjalanan kita semua selamat pergi dan balik tanpa berlaku sebarang perkara dan tragedi yang tidak diingini.

Tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang terlibat dengan kemalangan jalan raya? Setiap hari pasti berlaku kemalagan jalan raya yang membabitkan pelbagai jenis kenderaan di lebuhraya dan jalanraya utama di Malaysia. Negara kita kecil sahaja dan rakyatnya tidaklah ramai sangat jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang lebih besar. hakikatnya statistik dari PDRM menunjukkan kadar kemalangan jalan raya sangat tinggi setiap tahun. Lebih malang lagi ia akan terus meningkat menjelang hari perayaan. Apakah silapnya? walaupun Ops Sikap dijalankan dengan tujuan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan jumlah kematian tetapi fenomena ini terus berlaku seolah-olah tidak dapat dibendung walaupun wujudnya penguatkuasaan.

Hari ini, satu artikel dalam akhbar Utusan Malaysia ada menyebut kita patut menggunakan cara yang lebih extreme untuk menangani sikap pemandu yang degil. tidak perlulah saya nyatakan apa yang pemandu kita suka lakukan apabila berada di atas jalan raya. kita tahu itu. Apa yang menarik penulis artikel itu turut menyelar sikap pemandu kita yang tidak memikirkan keselamatan pemandu lain. jalan raya dikongsi bersama, jadi semua pengguna jalan raya mempunyai risiko sepanjang memandu di jalan raya.




Apabila berlaku kemalangan dan meragut nyawa, sudah tentu berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri yang cuai ataupun sengaja menempah maut. memang menyusahkan orang lain, tak pasal-pasal orang lain terlibat sama. kematian berlaku mudah saja di mana-mana. petugas lebuhraya juga yang perlu membantu, polis, petugas kesihatan, bomba dan penyelamat, pertahanan awam dan sebagainya. ya benar itu memang tugas mereka. tapi bak kata penulis artikel tersebut apabila sikap kita yang membahayakan diri sendiri dan orang lain di jalanraya, beliau memberikan kenyataan "kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang". kenyataan yang kelihatan humor tetapi bersifat sinikal.

Itu realiti di malaysia. kita memiliki satu 'keajaiban'...ramai pemandu kita yang tidak takut mati. banyak kempen dijalankan, banyak papan tanda amaran dan nasihat dipasang tetapi ia hanya barang hiasan di tepi jalanraya.

Buletin Utama semalam juga menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang pelik dengan sikap pemandu kita. Ujar beliau, jika mereka dijatuhi hukuman mati sekalipun kerana kesalahan di jalan raya mereka tidak takut. sikap memandu secara berbahaya tetap melekat dalam diri mereka. Entahlah....satu fenomena yang sejak dari dulu telah wujud di Malaysia dan masih tiada jalan penyelesaian.

Satu sahaja keyword yang perlu kita ingat, SIKAP. kita kurang kesedaran sivik, tiada perasaan apabila berada di atas jalan raya. hanya mementingkan kepuasan sendiri tanpa menghiraukan orang lain termasuklah undang-undang.

Apa nak jadi dengan orang kita? ramai mati di atas jalan raya - lokasi popular saban tahun.

Jadi....kita muhasabah diri kta ye...adakah kita termasuk dalam golongan "pemandu berani mati"?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Anonymous said...

Sikap pemandu di Malaysia semua orang pun tahu - tidak tahu bersabar, memandu melebihi had laju, guna lorong kecemasan, potong baris, masuk simpang tak tahu beri signal dan entah apa-apa lagi.

Kelmarin ketika balik dari KL, tiga buah bas ekspress sedang berlumba sesama mereka. Memandu cukup merbahaya. Saling bersaling. Tukar lorong sesuka hati.

Seperti kata anda, sikap manusia yang mencorakkan segalanya. Sikap berubah, semuanya akan berubah. Mungkinkah sikap pemandu gila ini akan berubah?

~Peipanlization

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Cerita di OH BELOG!